JellyPages.com

me mrs.ss ^^

me mrs.ss ^^

Saturday 15 December 2012

hukum menyambut krismas bg orng islam



assalamualaikum~
 sya share sedikit ilmu yg perlu umat islam tau~
jom kita baca sedikit kisah d bw ne ~~~~>>>

Islam amat menggalakan sifat kasih sayang dan hormat-menghormati di dalam semua aspek kebaikan sesama manusia, sekalipun fahaman atau anutan mereka adalah berbeza. Walau bagaimanapun, Islam tetap meletakkan had dan sempadan apabila sesuatu perkara itu menjejaskan akidah penganutnya. Seperti yang telah disentuh di atas, sambutan Krismas adalah satu bentuk salah-faham dalam agama Kristian daripada 3 segi:

1. Mengikut buku Istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia (di atas) mengatakan yang sambutan Krismas adalah sambutan ‘hari lahir Tuhan Yesus’. Jadi ini sama sekali bertentangan dengan aqidah Islamiah yang meyakini Allah itu Esa dan tidak berbilang.

2. Tarikh 25hb Disember bukanlah tarikh kelahiran Nabi Isa a.s. yang sebenar.

3. Tarikh 25hb Disember sebenarnya adalah sambutan kelahiran dewa matahari bagi orang-orang Romawi kuno, jadi sambutan itu adalah sebuah perayaan kabatilan.
Sambutan Krismas adalah sambutan syirik orang-orang Kristian menyambut kelahiran tuhan mereka ke dunia yang dipanggil dalam bahasa Ibrani sebagai “Immanuel” (“Tuhan menyertai kita”)5. Oleh sebab itu, Islam tidak membenarkan sama sekali umatnya untuk terlibat serta dalam apa juga bentuk sambutan hari Krismas, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung walaupun hanya dengan mengatakan, “Happy Christmas” atau “Merry Christmas” sekalipun.

Hukum menyambut Krismas dalam apa bentuk sekalipun adalah haram dan ditakuti boleh membawa kepada syirik.
Oleh itu, hukum menyambut Krismas dalam apa bentuk sekalipun adalah haram dan ditakuti boleh membawa kepada syirik. Umat Islam tidak dibenarkan untuk tolong-menolong dalam melakukan ketidaktaatan kepada Allah s.w.t, seperti Firmannya:
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Qur’an 5:2)
Nabi Muhammad s.a.w. dalam satu hadisnya mengingatkan kita tentang meniru atau menyerupai ajaran sesuatu kaum yang lain, sabdanya,
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka ia akan dibangkitkan bersama kaum itu.” (riwayat Abu Daud)
Maka dibimbangi jika ada di antara kita yang terlibat sama dengan penganut agama Kristian dalam menyambut Krismas, maka di akhirat nanti kita akan dibangkitkan bersama dengan mereka, wa nau’zubillah.
Kita sewajibnya mengelakan diri terbabit dalam perayaan kebatilan ini sebagaimana Firman Allah s.w.t:
“…dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.” (Qur’an 25:72)
Ada di antara ulama yang menafsirkan “perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah” termasuklah menyambut perayan-perayaan yang batil, tafsiran ini termasuklah tafsiran Mujahid dan Ibnu Sireen. Jadi sudah jelas kepada kita apa itu sambutan hari Krismas. Semoga kita bersama-sama dapat menyampaikan perkara ini kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat agar dapat terhindar dari melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah lagi merosakkan akidah ini.

4 comments:

  1. shallomm.saya pengikut kristian. tidak salah bagi anda post benda begini untuk sedarkan kaum/umat anda. saya tahu anda berhak. :) tapi bagi kami yang tidak tersengaja membaca ni, sakit hati dan rasa terhina. bagaimana jika kami berkata begini? lagi lah korang bash kan. :) Kami percaya Jesus Christ lahir pada tarikh 25th. :) ya, kalau itu percayaan anda yang mengatakan Sambutan Krismas adalah sambutan syirik orang-orang Kristian. Kenapa? bagi kami itu adalah perayaan suci. terima kasih. peace. :)

    ReplyDelete
  2. halo sis SAIDA SAING.. mmng betu tarikh 25 disember mmng bukan tarikh sebenar bg kelahiran tuhan kami.mmng dalam sejarah rom kuno ada menceritakan tentang tarikh 25 disember tu sbgi tarikh menyambut kelahiran tuhan matahari bg org rom pd zaman rom kuno. tp tarikh ini sudah dipilih untuk mengingati kelahiran tuhan kami.. bg kmi, menyambut hari kelahiran tuhan kmi ni tidak syirik. tuk pengethuan boleh kenyataan sis ni. tp sy takut ianya menimbulkan rasa x puas hati umat kristian. sbb sis menulis berdasarkan al-quran yg mnjd pegangan sis.. tgk jg dlm bible.. jgn bias

    ReplyDelete
  3. maaf ya kwn2 if kalu trsa~
    sya hnya copy n paste dr blog juga kata2 d atas tu~
    memang benar, lain orng lain pendapat n pndgan~
    apapun, kamu kena trima pndpt orng~
    sya x hina agama kmu~
    mnta maaf yaa kalu kmu trsa~
    tp sya tulis berdasarkan pegangan kmi~

    for amboi kenyalang : ayat tu x kata syirik bg agama kmu~ tp syikrik bg agama kmi~ apapun, sya mnta maaf yaa~ sya menulis berdasarkan hukum bg agama sya~

    ReplyDelete